October 4, 2024

REVIU FINAL PIALA FA : SELANGOR FC VS JDT FC (Untuk yang rajin baca sahaja)..KEPUTUSA..

1. JDT pasukan yang lebih baik dari Selangor. Selangor hadir sebagai pasukan underdog dan ramai beranggapan Selangor merupakan pasukan yang diharapkan untuk menghalang dominasi JDT. Namun, JDT satu tahap lebih baik, bukan dari segi taktikal tetapi dari segi kualiti pemain terutama pemain import.

2. JDT menghancurkan taktikal dan mental pasukan SFC dengan permainan keras seawal minit pertama. Taktikal keras ini adalah normal dalam permainan bola sepak iaitu untuk mengganggu rentak pasukan lawan dan memancing emosi pemain namun pada ketika ini, pengadil perlu bijak untuk mengawal situasi.

3. SFC hanya berjaya settle down dan mengendurkan asakan keras JDT hanya selepas 10 minit. Percubaan pertama SFC hanya muncul pada minit ke 13.

4. JDT terus konsisten menghalang penguasan bola SFC dengan permainan keras terutama dari Heberty dan Shane Lowry. Mangsa mereka adalah Alex Agyarkwa yang kerap kali memenangi bola di tengah dan dilihat pemain yang lebih baik berbanding pemain tengah JDT.

5. Gol pertama JDT pada minit ke-25 adalah melalui sepakan percuma Juan Muniz.

6. Sam Somerville sepatutnya boleh buat lebih baik dalam situasi ini kerana gol Muniz adalah mirip dengan gol Sapawi Rashid semasa aksi semi final sebelum ini. Ya, penjaga gol perlu mengawal kedua-dua sudut namun untuk penendang dengan kaki kiri seperti Muniz, Sam boleh mengambil risiko untuk berada lebih ke sebelah kiri kerana bola akan berpusing jauh keluar berbanding jika Muniz mencuba ke sebelah kanan gol yang kebanyakkan penendang tidak dapat mencari sudut tepi dan bola akan berpusing ke arah penjaga gol.

 

7. Benteng juga boleh dipersalahkan kerana Alvin Fortes terlalu awal meluru ke hadapan dan memecahkan bentang untuk bola melepas ruang yang ditinggalkan.

 

8. Gol kedua muncul dalam keadaan SFC mencipta beberapa peluang. Pemain SFC terlalu “sayang” untuk keluarkan bola jauh dari kawasan sendiri dan masih mencuba untuk mengekal penguasaan bola selepas *intercept*. Akhirnya, JDT berjaya mencari ruang untuk melakukan hantaran lintang yang cukup berkualiti dan Arif Aiman hanya perlu menghalakan tandukan ke arah gol.

9. Sharul Nazeem pada ketika ini telah meninggalkan posisi dan Aribas agak selesa untuk melintangkan bola ke belakang pertahanan yang sedang bergerak kea rah gol.

10. Usaha JDT untuk “menghancurkan” trio tengah SFC akhirnya membuahkan hasil apabila Alex terpaksa dikeluarkan kerana cedera dan digantikan dengan Reziq Bani Hani.

11. Formasi pemain SFC terpaksa diubah dengan Orozco di bawa ke tengah dan Reziq ke sayap kiri.

12. SFC bermula pada separuh masa kedua dengan membuat pertukaran pertahanan iaitu Fazly Mazlan dikeluarkan (juga cedera) dan Quentin Cheng dimasukkan. Sharul Nazeem bermain di pertahanan kiri. Tidak pasti kenapa bukan Zikri yang konsisten sebelum ini tidak diturunkan di posisi Fazly Mazlan.

13. Sehingga minit ke-60, SFC menunjukkan aksi lebih positif dengan menguasai permainan dan mencipta banyak peluang.

14. Akhirnya pada minit ke-59, hasil serangan balas yang pantas, Fortes berjaya menjaringkan gol hasil percubaan leret dari luar kotak penalty untuk merapatkan kedudukan.

15. Namun, ketika SFC mula mengintai gol penyamaan, Sam Somerville membunuh semangat pemain. Ketika SFC sedang membina permainan dari bawah, Sam membuat keputusan silap untuk menghantar kepada Arif Aiman yang akhirnya menghukum SFC dengan gol ke-3 hasil percubaan luar kotak penalti dari Bergson.

16. Bukan hanya tersalah hantar, tetapi Sam sepatutnya boleh menyelamatkan percubaan tersebut namun agak lambat memberi reaksi pada ketika bola berada dalam zon penjaga gol.

17. Gol tersebut hadir pada situasi yang salah di saat SFC berada dalam momentum terbaik. Segalanya berubah selepas itu. Pemain SFC gagal untuk “reset” semula.

18. Barisan pertahanan berterabur teruk dengan Sharul Nazeem hilang posisi ketika JDT menambah gol ke-4 di saat Nizam Jamil sedang menyediakan Azim Al Amin untuk menggantikan Sam. Percubaan voli 1st timer Muniz tersebut terlalu sempurna untuk diselamatkan oleh mana-mana penjaga gol.

19. Seterusnya hanya menjadi sejarah. Gol ke-5 Heberty dari luar kotak penalty dan hatrik Muniz untuk gol ke-6 JDT menjadi pelengkap malam syahdu buat SFC dan penyokongnya.

**RUMUSAN **:

1. Perlu diakui bahawa majoriti pemain JDT setahap lebih baik.

2. Pergerakan-pergerakan pemain SFC dimatikan dengan permainan keras JDT.

3. Terdapat beberapa “kekerasan” yang berlaku boleh dihukum “foul” terutama 3 “tackle” pada awal permainan yang diberikan “advantage” oleh pengadil.

4. Beberapa breakaway dari SFC diberikan “foul” tanpa kad yang mana dari situasi tersebut, “professional foul” selalunya akan dihukum dengan kad.

5. Pengadil gagal mengawal “kepanasan” permainan yang sebenarnya memberi kesan kepada pemain SFC yang “risaukan” kaki mereka dan menggangu aksi bertaktikal serta “mengacau” emosi pemain.

6. Kehilangan Alex sebelum separuh masa kedua memberikan kesan besar kepada posisi tengah SFC kerana Alex berjaya mengatasi pemain-pemain tengah JDT secara individu.

7. Sam Somerville perlu akui yang kesilapan beliau yang membawa kepada gol ke-3 JDT membunuh kebangkitan SFC.

8. Sam juga boleh buat lebih baik untuk menyelamatkan sepakan percuma semasa gol pertama dan percubaan gol ke-3 JDT.

9. Nizam Jamil tidak sabar menunggu hingga tamat separuh masa pertama untuk membuat pertukaran Alex. Sekiranya beliau menunggu hingga ke bilik persalinan, mungkin ada perbincangan lebih baik dari segi pertukaran pemain.

10. Mungkin Faisal Halim pilihan yang lebih baik di sebelah kiri berbanding Reziq dan juga Zikri Khalili yang berada dalam prestasi konsisten menggantikan Fazly Mazlan.

11. Pilihan Nizam Jamil untuk menukar penjaga gol di saat SFC kehilangan rentak juga boleh dipersoalkan. Tiada kesan pada permainan SFC dengan pertukaran penjaga gol kerana beberapa pemain yang sudah “hilang” dari aksi seperti Orozco, Noah Laine, Sharul Nazeem yang lebih baik digantikan.

12. Pada ketika kedudukan 3-1 tersebut, Nizam boleh menggangu “mood” JDT dengan pertukaran awal berbanding membuat persediaan penjaga gol gantian.

13. Secara taktikalnya, Nizam Jamil berjaya pada awalnya namun pilihan pertukaran pemain menggagalkan perancangan taktikal beliau.

14. Kredit boleh diberikan kepada Alex, Fortes, Safuwan serta Ronnie yang secara individu berjaya menyaingi pemain JDT. Ronnie sebenarnya menjadi ancaman kepada JDT setiap kali beliau mendapat bola.

15. Nizam Jamil juga perlu melihat semula kecergasan pemain untuk perlawanan berintensiti tinggi seperti ini kerana dilihat terdapat beberapa pemain keletihan selepas 70 minit.

16. Sebenarnya, JDT secara tidak langsung mengakui kualiti yang ada pada pasukan SFC berdasarkan intensity, urgency, aggression dan passion yang mereka tunjukkan. Mereka betul-betul menunjukkan mentality juara dan mengurangkan kesilapan yang boleh menghukum mereka.

17. Perkara itu yang SFC perlu perbaiki iaitu kesilapan individu. Sekiranya perkara itu boleh diminimakan, SFC sepatutnya boleh bersaing dengan JDT hingga minit ke-90.

18. Walau apa pun, tahniah kepada JDT dan SFC yang menunjukkan bola sepak Malaysia masih ada sinar.

19. Buat SFC, jangan patah semangat, bangkit lebih kuat dan baiki kelemahan.

20. VIVA SELANGOR..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *